fbpx

Vida Tunjuk Barang Kemas Pilihan Aishah RM80,000

Kemelut antara Datuk Seri Vida dan penyanyi Aishah sudah pun berakhir semalam selepas usahawan kosmetik itu menyerahkan barangan kemas dan berlian seperti dituntut oleh Aishah

Vida memberitahu beliau berbesar hari memenuhi permintaan Aishah untuk membuat pilihan barang kemas seperti yang diinginkan.

BACA: Cik B Serahkan RM100,000 Ganti Barang Kemas Aishah

“Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara GV.

“Berang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya di kedai emas,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Vida berharap kontroversi antara mereka akan berakhir selepas menyerahkan barang kemas tersebut. Katanya lagi, beliau tiada masalah untuk berjumpa dengan penyanyi itu selepas ini.

“Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda. Kalau saya jumpa dia pun lepas ini, tidak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?.

Pada 6 Julai lalu, Vida membuat permohonan maaf kepada Aishah dan perlu membayar harga pamerah barang kemas bernilai RM80,000 pada atau sebelum 17 Julai.