fbpx

Cik B Serahkan RM100,000 Ganti Barang Kemas Aishah

Semalam, usahwan kosmetik Datuk Seri Vida mengadakan satu sidang media khas di kediamannya memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Aishah berkenaan isu barang kemas palsu.

Namun apa yang menjadi perhatian pada sidang media tersebut, anak perempuannya iaitu Cik B muncul secara tiba-tiba membuat kejutan dengan menyerahkan RM100,000 kepada ibunya bagi menyelesaikan kes dengan hutang penyanyi Aishah.

BACA: Vida Mohon Maaf Kepada Aishah Isu Berlian Palsu

Menurut Cik B, dia berasa bertanggungjawab untuk membantu ibunya menyelesaikan kemelut dengan juara program realiti Gegar Vaganza 4 itu.

“Mama pernah mengadu mengenai masalah ini namun Cik B buat tidak kisah sebab tidak mahu mama sedih. Tetapi Cik B sebenarnya kisah dengan masalah yang dihadapi mama dan ia terlalu berat bagi mama.

“Itu sebabnya Cik B rasa terpanggil untuk membantu mama dalam kes ini dan hari ini Cik B menyerahkan hasil jualan produk sendiri iaitu kulit ikan salmon disalut serbuk telur masin yang diberi nama Cik B Chips berjumlah RM100,000,” katanya seperti dipetik daripada Kosmo!

Dalam sidang media itu, Vida turut menjelaskan tiada istilah kalah atau menang sebaliknya keputusan itu atas persetujuan bersama.

Selain permohonan maaf sebagai keputusan mediasi di Mahkamah Sesyen Sivil pada 1 Julai lalu, Vida diarah membayar harga barang kemas berjumlah RM80,000.