Vanidah Imran Sah Bergelar Isteri Jurutera
Pelakon Vanidah Imran selamat bergelar isteri kepada seorang jurutera, Arifabdillah Idris dengan sekali lafaz kira-kira jam 12.12 tengah hari tadi.
Memetik mStar Online, pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran.
BACA: “Bukan Pilihan Untuk Saya Kembali Dengan Vanidah Imran”
Pasa majlis itu, Vanidah menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas dan berbalas dua dulang hantaran, bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Dalam masjlis serba sederhana itu, Vanidah dilihat anggun mengenakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini.
Kini kembali bergelar isteri, Vanidah berkata ia bukan perkara mudah namun niatnya itu dipermudahkan oleh Allah. Kata Vanidah lagi, dia bersyukur dipertemukan dengan suaminya yang memiliki persamaan dengannya yang sebelum ini.
“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.
“Paling utama dalam memutuskan soal pembinaan masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” katanya.
Terdahulu, Vanidah pernah berkahwin dengan pelakon Rashidi Ishak pada Oktober 2000 namun bercerai pada Ogos 2018 selepas 17 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
- SUMBER
- mStar Online
Wlwpun dah berusia, Vanida tetap nampak menarik. Senyumannya sgt sweet, jgn sampai suami baru terkena kencing manis… hehe…
tak sangka, laki yg nampak hot dulu tp ko kawin dulu babe. Congrats to both of u… untung la laki ni dapat Vee… Selamat Pengantin baru…
Sebelum.bercerai lagi dah berkawan dgn lelaki lain…
selamat kembali menjadi pengantin kpd kedua mempelai, semoga berbahagia ke syurga.
Dngr2 V memang dah bertaut dgn seseorg sebelum becerai ngan shidi pun.. Kalaulah shidi tu orang kaya, datuk @ businessman berjaya.. pasti si V pertahankan bukan?!
Haha anak ikan. Sepertimna PS pertahankan Sol.. sebab kayu tu yg x nak lepas tu..klu x kaya, cerai pun ceraila kot ?
ALAH TAK LAMA DORANG NI KAWIN. TENGOK JE LAH. MENUNGGU DATO TAN SRI MINANG MMG SAMPAI BERSSAWANG LAH TAKKAN ADA PASAL TAK LAWA.
SHIDI HANDSOME BAIK. MESTI DAPAT JODOH LAGI BAIK DAN CANTIK DARI BANIDAH.