fbpx

“Bukan Pilihan Untuk Saya Kembali Dengan Vanidah Imran”

Sejak mengumumkan penceraian dua bulan lalu, masih ramai mengharapkan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran kembali bersatu. Menyedari hal itu, Rashidi tidak mahu peminat terus berharap kerana perkara itu mustahil baginya.

BACA: Rashidi Ishak Terkejut Terima 300 Mesej Peminat Setiap Hari

“Harapan saya sebenarnya sudah hilang saat saya melafazkan talak terhadap bekas isteri. Saya tahu jodoh itu rahsia Allah. Tetapi buat masa sekarang, untuk kembali bersama bekas isteri, bukanlah satu pilihan”

“Saya tahu ramai peminat mengharapkan keajaiban. Namun, cukuplah menyatukan kami. Ini kerana kami sudah meneruskan kehidupan masing-masing. Selain menjadi ibu bapa kepada dua anak, kami sudah tiada hubungan lain”

Pernah timbul gosip mengatakan Rashidi kini sedang mengenali seorang gadis, Rashidi mengakui dirinya kini sedang membuka hatinya untuk berkawan dengan semua orang. Jelas Rashidi, beliau tidak mahu terus bersedih lagi.

“Sekarang saya memang berkawan dengan semua orang. Jika ada jodoh, saya tidak menolak. Mungkin orang akan fikir terlalu cepat. Tetapi sampai bila saya perlu bersedih. Lumrah manusia mahukan teman dalam hidup,” jelasnya.

Terdahulu Mac lalu, Rashidi mengesahkan beliau dan Vanidah sudah bercerai di Mahkamah Syariah di sini, pada 9 Ogos tahun lalu. Berita itu sengaja dirahsiakan bagi menjaga hati beberapa pihak. (rtky/w)