fbpx

Ustaz Kazim Elias Rayu Cari Ubat, Aeril Zafrel Dikecam Tak Tunjuk Simpati

Perkongsian di Facebook oleh pendakwah terkemuka, Datuk Ustaz Kazim Elias menjadi perhatian apabila memuat naik gambar memaparkan tangannya ditumbuhi beberap ketulan kecil.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Tidak menjelaskan penyakit yang dialami, beliau meminta mana-mana pihak untuk mengubati penyakit misteri yang dialaminya itu.

BACA: Aeril Zafrel Sebak, Menggigil Isteri Hadiahkan Lamborghini

Bagaimanapun, apa yang menjadi bualan adalah komen yang ditinggalkan pelakon Aeril Zafrel dikecam netizen kerana seolah tidak mempercayai perkongsian pendakwah itu.

Malah, Aeril mahu mendapatkan kepastian tentang penyakit misteri dialami oleh Kazim memandangkan perkongsian tersebut tidak jelas.

Sementara itu, rata-rata netizen yakin apa yang dikongsikan oleh Kazim adalah benar dan mengatakan bahawa ianya bukan ‘lakonan’.

Dalam pada itu, Aeril juga turut dilihat memuat naik satu posting bagi menjelaskan mengenai komennya itu.

Ujarnya, dia mengetahui pendakwah itu berdepan sakit terkena buatan orang dan komennya itu hanya pertanyaan kerana melihat ketulan pada tangan Kazim itu seperti mekap namun tidak sangka teruk dikecam. Malah, Aeril turut berkongsikan gambar memaparkan tangan pendakwah itu seolah sedang ‘disolek’.

Difahmkan, pendakwah itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim.