fbpx

Aeril Zafrel Sebak, Menggigil Isteri Hadiahkan Lamborghini

Pelakon Aeril Zafrel menerima kejutan istimewa daripada isterinya, Wawa Zainal iaitu kereta mewah Lamborghini Aventador.

Menurut Aeril, dia tidak menjangkakan isterinya menghadiahkan kereta tersebut kerana dia sememangnya ada terfikir untuk membelinya sendiri.

BACA: Aeril Zafrel Nak Menangis Wawa Zainal Paksa Potong Rambut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

“Saya memang tak tahu dia beli. Sebelum ini saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube.

“Malah, pernah cakap pada Wawa nak beli kereta ini. Waktu itu dia tak bagi sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu diselesaikan.

“Mungkin sudah saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa, dua tiga tahun selepas itu tukar kereta lain pula. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi impian,” katanya.

Sebak dan menggigil menerima kejutan tersebut, Aeril berkata dia sangkakan kereta yang pandunya itu adalah kereta sewa.

“Sebak bila dapat hadiah. Selepas saya pandu, Wawa bagi geran. Pada mulanya saya ingat kereta sewa. Sebab ada juga kawan kami yang jenis sewa.

“Menggigil juga bawa. Sebab bukan macam kereta biasa. Sebelum ini tak pernah pandu uji pun. Apabila dapat pandu sendiri, rasa tak sangka,” katanya.

Sementara itu, Wawa turut berkongsikan di Instagram bahawa hadiah kereta yang diberikan itu tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan suaminya buat mereka sekeluarga selama ini.

“Sayang, hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang kau buat untuk keluarga kita selama ini,” tulisnya.