fbpx

Umum mengetahui pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah pun membuka 10 cawangan pasar raya miliknya diberi nama ElewsMart yang menawarkan barangan dengan harga yang murah.

Malah, Ustaz Ebit juga akan menyediakan FoodBank untuk membantu golongan yang memerlukan. Terbaru, pendakwah itu menunaikan janjinya apabila menyediakan Foodbank di semua cawangan ElewsMart.

BACA: Ustaz Ebit Lew Mahu Buka 30 Lagi Elewsmart Sebelum Hujung Tahu

Foodbank itu membolehkan mereka yang memerlukan untuk mengambil barangan keperluan asas kepada sesiapa sahaja secara percuma. Selain itu orang ramai juga dialu-alukan untuk menyumbang barangan pada rak yang tersedia.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit berkata barangan tersebut adalah untuk semua tanpa mengira agama dan bangsa.

Ustaz Ebit turut menceritakan kesusahan beliau yang dahulu pernah hidup susah dan terpaksa ikat perut semata-mata untuk memberi duit gajinya kepada ibu bapanya di kampung.

Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi usaha murni beliau dan mendoakan semoga perniagaannya terus berkembang serta berjaya untuk terus membantu golongan yang memerlukan.