Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Hantar Pelajar Terkandas Balik Kampung
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila ramai pelajar terkandas susulan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di semua institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.
Isu itu turut menjadi trending di Twitter apabila ramai rakyat Malaysia berganding bahu membantu pelajar yang terkandas dengan menawarkan bantuan tempat tinggal sementara, makanan dan tidak kurang juga wang ringgit.
BACA: Ustaz Ebit Lew Tunai Janji Sediakan ‘FoodBank’ Bantu Golongan Memerlukan
Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang menyuarakan hasrat untuk membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkandas.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit meminta mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya.
Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut serta meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang pendakwah yang sangat murah hatinya.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan usahanya itu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh para pelajar yang terkandas kerana mempunyai masalah kewangan.
Superman wujud rupanya. Thank you @ebitlew. Salute sgt. Begitu proaktif dan sgt alert masalah rakyat
Cakap banyak pon tk guna dah.Jaga family sendiri sudah lah. Nak harapkan kerajaan,memang tk boleh pakai dah. Nk bising bising pon tk guna dah. Jaga jelah diri masing masing.. yg mampu tu tolong la yer. Akak mmg dah senak monotorium x der :((
Terima kasih ahli politaikkkk..nyawa rakyat tak penting pon..yg penting harta dan pangkat..tahniah kes/ covid makin teruk myusah kn rakyat betol.
org yg betul2 nak berkhidmat utk Agama, Rakyat dan Negara bleh kira dgn jari ja, dlm Kerajaan tuh, yg lain lebih kepada politaik berkepentingan ja…smua sama kerajaan perihatin konon..puih.
Aku dah meluat dgn ahli politik
Hasil kebodohan politik tu dah boleh letak tepi.Sekarang masa untuk bertindak.Walaupun kerajaan tak isytihar PKP kita dah kena start hadkan aktiviti luar lebih² yg suka bawa anak isteri kesana kemari.Simpan dulu keluarga kamu dalam rumah especially di kawasan yang ada kes @ kes tinggi.
Tak payah lah nk marah sngt kat ahli politik tu. Nanti dia dtng masuk kampung hanta beras milo susu.. Jaja cita ,islam. Melayu, raja..senyap trus Bani maksum pun anguk2 pi ikut kempen sokong pangkah. Marah marah sayang kan isley wei isley!
Alhamdulillah makin ramai yg nampak dan buka mata terhadap ahli politaik yang tembolok kuat. Baru korang tau pemimpin2 korang baik yg pegang kerajaan mahu pon pembangkang yg gila kuase. Jadi klu muka2 ni naik berkempen janji bulan bintang x yah lah undi diorng. Kasi lingkup semua nya. Kasi muka baru yg betol2 boleh buat kerja dan bukan jenis katak melompat dr parit sebelah ke parit sebelah. Tp tulah korng. Nampak buat keje sikit time kempen da mula cair ngan kata2 ahli politaik ni. Sape lagi. Korng lah tu.
Politician kat Malaysia buat decision carca merba. Last minute pulak tu. Bagi arahan tak fikir impact pada rakyat. Main hembus je… Pastu bukan nak react fast. Lembab. Tak turun padang is the biggest mistake ever. KO ingat kerja kau cuma buat Tiktok??
Baik aku undi Ustaz Ebit Liew jadi menteri.. More action. Turun padang & less talking.
Abu kacang tak nak komen ke?