fbpx

Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Syukur 10,000 Helai Kurta Sudah Siap

Meskipun berdepan pelbagai dugaan sebelum ini, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa syukur apabila butik miliknya iaitu Elew’s Design mendapat sambutan luar biasa dan tempahan tidak putus-putus daripada pelanggan sejak minggu lalu.

Tempahan naik mendadak sehinggakan Ustaz Ebit perlu mencari seramai 100 tukang jahit di kilang pakaiannya bagi memenuhi semua permintaan pelanggan. Terbaru, Ustaz Ebit memaklumkan bahawa sebanyak 10,000 helai pakaian kurta sudah pun disiapkan.

BACA: Tempahan Naik Mendadak, Ustaz Ebit Lew Cari 100 Tukang Jahit

https://www.instagram.com/p/CAHQqUAFtN3/?utm_source=ig_embed

Menurutnya, pakaian sebelum ini sekejap sahaja sudah habis dijual dan baru sahaja menambah banyak lagi jumlah kurta untuk dijual secara online.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sokongan serta doa daripada orang ramai. Difahamkan, buat masa ini pembelian hanya boleh dilakukan secara online kerana butik ditutup buat sementara waktu.

Diruangan komen, rata-rata tumpang gembira di atas rezeki melimpah ruah yang diberikan oleh Allah serta mendoakan agar pendakwah dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dalam membantu mereka yang memerlukan.