Tempahan Naik Mendadak, Ustaz Ebit Lew Cari 100 Tukang Jahit
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial adik kepada pembekal kain jenama popular di Malaysia yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sehingga menimbulkan kemarahan netizen.
Meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun rata-rata netizen bertindak mahu memboikot jenama tersebut dan memilih butik pakaian jenama lain untuk persiapan sempena Syawal tidak lama lagi.
BACA: Anak-Anak Ebit Lew Menangis Tengok Video Dakwah Bapa
Dalam pada itu, ada netizen memuat naik perkongsian di Facebook meminta orang ramai untuk menyokong perniagaan pakaian Ustaz Ebit Lew yang sudah banyak membantu golongan susah di negara ini.
Nampaknya cadangan netizen itu menyebabkan stok pakaian habis dijual sehinggakan Ustaz Ebit Lew memuat naik status mencari 100 tukang jahit di kilang pakaiannya bagi memenuhi semua permintaan pelanggan yang naik dengan mendadak.
Saya perlu 100 tukang jahit di kilang saya. Jahit beribu kurta & baju melayu. Banyak sangat order. Habis baju elews design-ebitlew
Posted by Ebit Lew on Ahad, 3 Mei 2020
Difahamkan, buat masa ini pembelian hanya boleh dilakukan menerusi atas talian kerana butik ditutup buat sementara waktu.
Syukur Alhamdulillah, semakin mencurah-curah rezeki Ustaz Ebit Lew sempena bulan Ramadan ini meskipun ada segelintir pihak kurang senang dengan sumbangan diberikannya bagi membantu orang susah sebelum ini.
lebih baik sokong ustaz dr artis…mulut dh ler cam gampang.
Sapa2 yg boleh menjahit tu.. Boleh terus jumpa UEL…mana ler tahu rezeki Allah nk bg kn
Nk rentas sempadan ke ni?
Yg teraser sama jakel tu mesti bodoh haha abes perhal lo lak nk over2!?!!
melayu sume nk boikot besok si jackel buat 80persen sales ko jgk borong satu troly..podah.
Geng BMF yg beria dedulu tu pe da jd? Masok jgk kedai cina cari spender jarang renda2 tuk anu somi keras mlm2 huhu
Syukur Alhamdulillah
Berkat sedekah, beri bantuan pada yg memerlukan,
Allah balas ganjaran berganda-ganda pada UEL.
Makin banyak bersedekah, makin banyak Allah beri.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah semuga Allah senantiasa memberi nikmat kesihatan dan umur yg panjang kepada ustaz ebit liu sekeluarga dan dipermudahkan segala urusan2nya Amin ya rabbal alamin
Subahanallah.
Benarlah apa Allah janji kan. Jika kamu bersedekah & berjihad ke jalan Allah… Maka Allah bukakan pintu rezeki kamu seluas luasnya.
Tu kedai yg adik bermulut lancang masa Ramadhan…. Terima lah kesan boikot keatas kamu.
yg x pndai jhit…tukang iron, tukang gulung, tukang kira, tukang susun..ada juga ke..