Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Audi R8 Buat Isteri?
Sebelum ini pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Ustaz Ebit Lew apabila ada pihak mempersoalkan dimana pendakwah itu mendapat duit dan ada yang menuduhnya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri.
Namun, Ustaz Ebit sendiri mendedahkan tentang pendapatan yang diperolehinya dan peniagaan yang diusahakan sendiri. Susulan itu, ramai yang tidak terkejut beliau mampu tinggal di banglo dan memiliki kereta mewah.
BACA: Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Mahu Buka 10 Cawangan Pasar Raya
Terbaru, pendakwah itu ada berkongsikap klip video pendek di Instagram memaparkan beliau berada di dalam sebuah kereta mewah jenama Audi berwarna putih.
Tidak dinyatakan sama ada kereta itu adalah miliknya, namun menerusi kapsyen panjang yang ditulis seakan merujuk hadiah itu adalah buat isterinya yang tercinta.
Dalam entri itu, Ustaz Ebit menasihati golongan suami agar tidak kedekut untuk membelanjakan wang buat isteri dan keluarga kerana wang yang dikeluarkan itulah merupakan satu bentuk sedekah yang paling besar nilainya.
“Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita,
“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita,” tulisnya.
Malah, Ustaz Ebit sedih apabila ramai suami yang dah senang lupa tentang nafkah buat isteri. Ujarnya, nafkah buat isteri adalah wajib dan ikut kemampuan masing-masing.
“Sedih baca ramai juga masa tak ada duit tak apalah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.
“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama,” katanya.
Suka ebitlew ni. Harapnya byk kaum lelaki insaf sikit. Bila susah bini sabar jer..bila dah kaya sikit mahu tambah cawangan dan kedekut berbelanja utk bini
Alhamdulillah..semoga makin murah rezeki ustaz dan keluarga. Teruskan perjuangan ustaz..
Jgn bazir… ajaran saper?
Amboi ustaz x pyh tunjuk pon xpe la mcm over dah skrg nie… hari tu rumah agam mcm artis la pulak pakat2 tayang dlm socmed ye..
Aish unsur riak tu. Sekadar teguran hamba je ni tau jgn kcm sy yer. Harta dunia bagus x wawar xpe tu xkekal ustaz sya kt kg dulu kt naik kapcai pun bahgia dia ckp jgn biar duniawi masuk ke dlm jiwa itu shj.
takut tengok ustaz pun mmmm nervermind…harap berbahgia lah ye.
X pyh tunjuk pon hokay gak diam2 lg kami respek mcm retis dah skunk ustaz oi lol
Ustaz ebit ni ok.nmpak baik.pemurah dermawan.tp pd pandangan akula harap jgnla ditunjuk bende2 gini.sbb tkut jd isu.
Tu je aku nk ckp
ustaz ebit kongsi utk galak kaum lelaki buat kebaikan dan happy kan isteri mereka. sbb dah byk kes yg buruk2 tentang kaum lelaki yg dh kaya dan senang, lupa pada isteri.
apa salahnya beliau bg sesuatu yg mewah berdasarkan kemampuan nya.
Nafkah dan hadiah pada pasangan ni ikut kemampuan. Bagi yg terbaik dan bukannya sisa pendapatan pada pasangan. Kalau mampu bagi lh audi, kalau x mampu jd driver pasangan pun ckp lh. Yg penting jd contoh dlm perbuatan pd anak2. Tu yang diajarkan pd kmi.
Kalau ustaz melayu dihadiahkan bini dgn madu, payung mas.
laki kita tak payahla kereta, pisang goreng pun 5ak reti nk belanja bini