fbpx

Ustaz Ebit Lew Dianugerah Duta Muhibbah Palestin

Umum mengetahui, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew kini berada di Gaza, Palestin dan sedang menjalani misi kemanusiaan di sana.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit meluahkan rasa sebak apabila menerima anugerah ‘Duta Muhibbah Palestine’ daripada kerajaan Palestin.

BACA: Kesihatan Merosot, Ustaz Ebit Lew Mohon Doakan Bapanya

“Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestin / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang.

“Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestin, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.

“Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ebit berkata semasa pertemuannya dengan wakil kerajaan Palestin itu, mereka turut berbincang untuk mengadakan program di Palestin pada masa akan datang.

“Kami berbincang untuk program-program di Palestin di masa akan datang. Saya bersetuju bekerjasama dengan kementerian luar projek – cultural Exhibition of heroism and Sacrifice.

“Demi maslahat anak muda remaja disana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban. Ada berapa banyak keluarga dah tiada keturunan mereka.

“Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan yang mereka yang telah terkorban,” katanya.

“Semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kerajaan Palestine. Terima kasih kementerian Luar Palestine dan semua rakyat Palestine. Terasa bagai semua keluarga. Terima kasih doa semua rakyat Malaysia,” tulisnya.