fbpx

Kesihatan Merosot, Ustaz Ebit Lew Mohon Doakan Bapanya

Menerusi satu perkongsian di Facebook baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan kesihatan bapanya semakin merosot sejak tiga bulan lalu.

Menerusi entri itu, Ustaz Ebit sempat menceritakan pengorbanan bapa tersayang yang sangat gigih bekerja ketika diusia muda demi membahagiakan anak-anak dan isteri.

BACA: Makin Aktif Di TikTok, Ustaz Ebit Lew Akui Belajar Dengan Aeril Zafrel

“Dah 3 bulan ni kesihatannya merosot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak kemana-mana. Atas katil jer. Rindu ayah teramat sangat.

“Seorang ayah yang kerja siang malam. Tak reti berehat dari muda demi keluarga. Hidupnya bahagia memberi sesuatu buat isteri dan anak-anak,” tulisnya.

Dalam posting tersebut, Ustaz Ebit sedih melihat keadaan bapanya yang merupakan sumber kekuatannya selama ini dan meminta orang ramai mendoakan agar bapanya sihat sentiasa.

“Melihat dirinya sakit membuat hati saya amat sedih dan gelisah..Ya Allah berilah kesihatan buat bapa. Berilah semangat dan kekuatan buat dirinya.

“Saya berada disini sekarang asbab doa dan kasih sayang ibu dan bapa saya ini. Mak dah pergi dulu. Bapa ku inilah kekuatan buat diriku,” tulisnya lagi.