Ustaz Ebit Lew Belanja KFC Untuk Petugas Hospital
Bertungkus lumus merawat pesakit positif COVID-19 di hospital, tentunya ianya bukan tugas yang mudah buat petugas perubatan. Malah, adakalanya mereka tidak sempat makan dan tidak sempat ke tandas kerana perlu berada dalam keadaan bersiap sedia.
Melihat pengorbanan petugas perubatan yang merawat pesakit di hospital, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil memberikan sumbangan KFC kepada mereka.
BACA: “Betapa Sayangnya Abam Pada Ibunya, Kuat Cari Rezeki” – Ebit Lew
Menerusi Instagram, Ebit Lew memuat naik video pendek ketika dia membeli makanan dan kemudiannya diedarkan kepada petugas di Hospital Sungai Buloh.
Beliau turut meluahkan rasa sayu melihat petugas perubatan dihospital tersebut yang tetap menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya meskipun terdedah dengan pelbagai risiko yang mampu mengancam nyawa mereka.
Dalam pada itu, Ebit Lew turut mendoakan agar disembuhkan mereka yang dikuarantin di hospital tersebut serta meminta agar Allah hilangkan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan Malaysia akan kembali kepada keadaan sedia kala.
Alhamdulillah.
Semoga murah rezeki Ustaz Ebit.
Cuma satu je, yelah hospital kan. Seeloknya bagi la makanan sihat yang berkhasiat pada para doktor, staff, frontliners. bukan fast food yg ada processed ingredients.
Ada je yg buat servis packed food nasi berlauk. Next time, yg nak sponsor nakanan bagi la makanan elok2 berkhasiat.
kfc okay la. ade je nk komen mcm ni. masa agung bg mkn kfc kat reporter pun ada yg komen mcm ni. tgk dari positif la wei. bkn mudah cari mknn yg majoriti org suka dan ringkas.
Wahhhhhhh!!!!!!!!!ustaz bersedekah wahhhhhhustaz bersedekah…
kenapa
Kenapa terdapat Kakitangan KKM tak pakai topeng muka yer…. bukan SOP ke?
Rakyat nak keluar kemana2 perlu pakai mask …. adakah staff KKM terkecuali?
kalu handsantizer tu mungkin dia dah pakai kot (sangkabaik).. tapi MASK??