fbpx

“Betapa Sayangnya Abam Pada Ibunya, Kuat Cari Rezeki” – Ebit Lew

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Allahyargam Abam Bocey akibat demam panas di kediamannya di Gombak. Betul apa yang dikatakan Arwah Abam, #kitabaikramaisayang dan ramai yang bersedih di atas kehilangannya.

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut berkongsi pengalaman beliau menemubual Allahyarham serta kebaikannya sehingga ramai yang terkesan dengan pemergiannya. Ebit Lew turut bertanyakan Abam apa rahsia rezekinya sentiasa melimpah ruah.

BACA: “Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau”

https://www.instagram.com/p/B8X6lJ9F4Dh/?utm_source=ig_embed

Ebit Lew berkata arwah seorang yang sangat sayangkan ibunya dan kuat mencari rezeki untuk keluarganya. Malah, Abam sering menyuarakan hasratnya untuk mengikutinya berdakwah di tepi jalan.

“Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu.

“Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah,” tulisnya.

Terima kasih Allahyarham Abam Bocey kerana menggembirakan kami rakyat Malaysia. Beratus orang hadir untuk solat jenazah sehiingga memenuhi setiap ruang masjid seperti solat Jumaat. Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat di atas kehilangan Abam.