fbpx

Usop Tertekan Kena Berkurung, Stres Sampai Nak Botak Kepala

Penyanyi Usop memaklumkan dia terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama seminggu selepas menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19.

Menurut Usiop, dia dipakaikan gelang pengawasan dan dikehendaki mengasingkan diri untuk pemantauan sehinggalah disahkan bebas daripada virus tersebut.

BACA: Bimbang Buat Perkara Tak Elok, Keluarga Minta Usop Balik Kampung

“Doa-doakanlah negatif. Sejujurnya risaua juga tapi buat masa ini saya tiada alami sebarang simptom atau gejala Covid-19 walaupun rasa sihat, saya tetap patuh menyelesaikan kuarantin ini hingga selesai.

“Sekarang ini dekat mana-mana pun ada virus, memang kena berhati-hati. Yang penting kalau keluar kena jaga SOP sebab kita pun tak tahu kalau orang sebelah kita bawa virus ini,” katanya.

Menerusi Instagram, Usop dilihat ada memuat naik fotonya menjalani ujian calitan serta memakai gelang berwarna pink.

Dalam pada itu, Usop berkata semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0, dia akui mengalami terkanan apabila tidak dapat meneruskan persembahan seperti biasa.

“Kerjaya memang terjejas teruk. Nak menyanyi pun tak boleh. Perniagaan saya bersama mak di Kedah pun terpaksa dihentikan kerana peningkatan kes.

“Lagi pula sekarang kena kuarantin, berkurung dalam bilik seorang diri bertambahlah tekanan..rasa macam nak botakkan rambut saja!”