fbpx

Bimbang Buat Perkara Tak Elok, Keluarga Minta Usop Balik Kampung

Baru sahaja memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur, penyanyi Usop terpaksa pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usop berkata dia diminta pulang oleh kedua ibu-bapanya ke kampung keran bimbang dia tinggal berseorangan di Kuala Lumpur.

BACA: Tak Mahu Bebankan Bapa, Usop Ambil Kelas Memandu

“Tapi tahun ini saya nekad untuk duduk di rumah sewa bersama pengurus dan rakan. Pertama kali saya duduk berjauhan dengan keluarga.

“Mula-mula itu, ibu bapa saya memang berat hati nak biarkan saya tinggal di KL. Mereka risau kalau saya buat perkara tak elok tapi saya ini bukan orang yang buat benda merapu. Kalau habis kerja, balik rumah terus. Bila dah duduk sendiri, baru ada tanggungjawab..kena berjimat cermat,” katanya.

Usop berkata dia terpaksa bergegas pulang ke kampung sebaik sahaja selesai menjalani rakaman sebuah program pada malam Selasa lalu kerana bimbang tidak sempat merentas negeri sebelum PKP.

Menurut Usop dia sepatutnya menjalani penggambaran sebuah drama selama sebulan di Kuala Lumpur terpaksa ditunda kerana PKP.