fbpx

“Usop Tak Putus Asa Walau Kena Reject, Berani Jumpa Family Saya”

Selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati semalam selepas dua tahun bercinta, penanyi Usop meluahkan rasa syukur majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Berkongsi cerita ketika perkenalannya dengan tunangnya, Fatihah, Usop berkata pada awalnya gadis itu dia melayannya namun akhirnya terbuka hati untuk menerimanya.

BACA: Usop Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya sudah lebih dua tahun mengenali Fatihah dan kini kami beralih ke fasa seterusnya. Kami dijangka mengikat tali pertunangan selama lebih dua bulan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun hadapan.

“Pada awalnya dia tidak melayan saya untuk berkenalan dengan lebih dekat, lama-lama hatinya terbuka untuk berkawab dan akhirnya kami menjalin hubungan cinta. Saya sangat menyenangi Fatihah,” katanya.

Menurut Fatihah pula, dia terpikat dengan Usop yang ikhlas mahu mengenali dirinya serta tidak pernah putus asa meskipun pernah ditolak sebelum ini.

“Usop seorang yang baik dan jujur. Saya sangat menghargai keikhlasan yang dia tunjukkan. Pada awalnya, dia tak putus asa walau kena ‘reject’. Selepas itu, dia berani mahu bertemu dengan keluarga saya walaupun kami baru sahaja berkenalan.

“Persiapan menuju ke gerbang perkahwinan sedang dilakukan dan kami mohon doa semua pihak agar segalanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah,” katanya.