fbpx

Usop Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan

Selepas dua tahun menjalin hubungan persahabatan, penyanyi Usop Mentor selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim hari ini.

Meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar, Usop berkata dia sudah bersedia bergelar suami kepada model sambilan itu dijangka pada Februari depan.

BACA: Usop Tak Malu Jual Baju Bundle Tambah Pendapatan

“Sejak semalam saya memikirkan tentang majlis ini, gementar juga… tapi Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar dan selesai dengan jayanya. Selepas ini saya kena fikir fasal majlis perkahwinan pula.

“InsyaAllah ikut perancangan Februari depan kami akan bernikah… kalau ikutkan saya memang nak cepat-cepat kahwin tapi ada beberapa tugasan dan komitmen kerja yang belum selesai,” katanya.

Berkongsi detik perkenalan, Usop berkata dia bertemu Fatihah ketika menghadiri majlis rumah terbuka sahabatnya pada 2019 dan sudah terpikat ketika kali pertama melihat gadis itu.

“Saya jumpa dia di majlis rumah terbuka seorang sahabat. Pertama kali tengok dia hati saya dah terpikat… cantik dan tinggi orangnya. Saya minta akaun Instagram dia, masa itu hanya sekadar nak berkawan sahaja.

“Kemudian kami bertukar nombor telefon dan saya luahkan hasrat nak ajak kahwin… sebenarnya saya pun tak sangka hubungan kami sampai ke fasa serius,” kongsinya.

Dalam pada itu, Usop menyifatkan tunangnya itu seorang gadis yang menyenangkan dan menerima dirinya seadanya meskipun dia tidak mempunyai apa-apa ketika itu.

“Dia menerima saya seadanya dari zaman tak ada apa-apa sampailah sekarang ini. Dia tak pandang harta, awal perkenalan dulu saya tak ada apa-apa, kereta pun tak ada,” katanya.