fbpx

Usop Tak Malu Jual Baju Bundle Tambah Pendapatan

Ogos lalu, penyanyi Usop berjaya membuka sebuah restoran francais di Seberang Jaya, Pulau Pinang, kini Usop membuat menjual pakaian terpakai atau bundle secara online di Instagram.

Menurut Usop, dia tidak malu melakukan pelbagai kerja bagi menambah sumber pendapatan meskipun bergelar penyanyi terkenal.

BACA: Usop Tertekan Kena Berkurung, Stres Sampai Nak Botak Kepala

“Selain menguruskan gerai nasi kandar milik keluarga dan restoran Ayam Gepuk, kini saya cuba menjual baju bundle berjenama di Instagram.

“Sejujurnya saya ni memang jenis tak reti duduk diam, apa-apa pekerjaan pun saya sanggup buat asalkan pendapatan halal, tak kisahlah orang nak kata pun.

“Saya tak malu cari rezeki dalam pelbagai bidang, lagi pun tak salah ceburi bidang perniagaan bukannya saya merompak atau mencuri,” katanya.

Dalam pada itu, Usop berkata selain mahu menambah pendapatan keluarga dia melakukan pelbagai kerja kerana mahu mengumpul duit kahwin.

“Sekarang ni show pun tak ada. Nak menyanyi pun tak boleh, jadi saya cuba la buat apa-apa kerja lain.

“Selain untuk menyenangkan keluarga, saya juga buat banyak kerja sebab nak menghalalkan hubungan dengan kekasih. Perancangan nak kahwin tu dah ada jadi kena la mula menyimpan dari sekarang,” katanya.