Usop Syukur Berjaya Beli Kereta Mewah Mercedes Benz
Sudah lama menyimpan hasrat membeli kereta idamannya itu, penyanyi Usop akhirnya berjaya memiliki kereta mewah Mercedes Benz AMG.
Memetik mStar Online, Usop meluahkan rasa syukur di atas rezeki diberikan serta tidak sangka mampu memiliki kereta berkenaan di usia muda.
BACA: Usop Ditegur Ibu Gara-Gara Kongsi Berita Isteri Hamil Terlalu Awal
View this post on Instagram
“Sudah lama pasang impian mahu memiliki kereta seperti itu. Selama ini saya hanya tengok atas jalan raya orang lain memandu kereta tersebut.
“Kebetulan ada orang mahu beli kereta lama saya dan dapatkan duit itu digunakan sebagai wang pendahuluan untuk beli kereta baru ini.
“Syukur akhirnya impian tercapai. Selepas ini saya mahu beli rumah sendiri pula. Saya anggap rezeki selepas kahwin,” katanya.
Dalam pada itu, Usop berkata dia sedar komitmen sudah semakin tinggi serta sudah bersedia dengan wang simpanan supaya tidak terbeban di masa akan datang.
“Sekarang ini apa sahaja yang saya nak buat tak boleh fikir diri sendiri sebab sudah berkahwin. Saya harus utamakan isteri dan keluarga. Apa lagi saya bakal bergelar bapa tak lama lagi.
“Saya tahu komitmen hidup semakin tinggi jadi saya sudah siapkan simpanan wang pelaburan untuk digunakan di masa akan datang,” katanya.
Usop mendirikan rumah tangga dengan Nur Fatihah pada 4 Februari lalu. Pasangan itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama pada Mac lalu.
- SUMBER
- mStar Online
Tahniah Ucop. Alhamdulillah.
Usop bersyukur dia boleh berhutang?
beli aset dulu.
yg itu kalau dah stabil boleh beli.
bukan berhutang yang dibanggakan.
Dia beli tunai lah.
Ucop mana ada slip gaji woi.
Nak buat loan pun tak lepas.
Model lama jer pn .tk mahal mama..mahal lgi proton baru .banggakn sngt jenama luar…org Kita ni dpt beli Mercedes dh kira hebat.tgok model dulu yer…new model ok lar.
Model lama Merc ni…mahal lgi proton baru..org Kita ni banggakn sngt jenama luar..klu dpt rasa hebat..klu new model ok jgk lar..hmmm
Dia Beli Tunai Tak Ada Hutang Hutang, Usop ada bayar cukai pendapatan ke?
Rotitelor, apa kata ko bg trending nama2 retis yg paling tinggi bayar cukai pendapatan menurut turutan 20 yg tertinggi. Mcm ni tak yahlah buat crita mamat ni beli keta mechedis, mamat budu beli jam lolek, beli rumah kedai, bagi bini hadiah keta poshe. Cara begini lebih berfakta dari buat lebong je.
tk abis2 show off keta merc..umah satu pun tkde.ntah pape bersykur ngn bende jd besi buruk tu..susut nilai .atleast ada rumah dulu.ni tebalik.apooo