Selepas mendedahkan identiti dan wajah kekasih kepada umum, penyanyi Usop memberitahu teman wanitanya itu menerima pelbagai kecaman daripada netizen, malah ada yang turut menggelarnya kaki kikis.
Sedih dengan tuduhan itu, Usop berkata apa yang diperkatakan oleh netizen salah sama sekali kerana dia tidak mempunyai harta untuk dikikis. Kata Usop lagi, selama ini hanya kekasihnya sahaja yang tahu susah senang dilaluinya.
BACA: Selalu Diejek Pakai Phone Biasa, Peminat Hadiahkan Usop iPhone
“Pada awalnya niat saya berkongsi tentang dia kerana terlalu teruja dengan kejutan hari jadi kelahiran saya. Belum pernah saya dapat sambutan seperti itu lebih-lebih lagi daripada orang tersayang.
“Lagipun saya sudah berniat untuk menikahinya, jadi benda baik saya rasa tak perlu nak sorok-sorok. Awal-awal lagi saya dah nasihat yang dia akan berdepan perkara ini. Ada yang kata dia nak mengikis saya.
“Kikis apanya, saya rumah dan kereta pun tak ada lagi. Tapi dia saja tahu susah senang saya macam mana. Jadi, saya tak peduli apa orang nak kata,” katanya.
Terdahulu, Usop berkongsikan foto bersama seorang wanita ketika majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-23. Usop juga mengkaui sudah mempunyai perancagan untuk mendirikan rumah tangga sebelum menyertai Big Stage 2020.