Selalu Diejek Pakai Phone Biasa, Peminat Hadiahkan Usop iPhone
Sebelum ini hanya menggunakan telefon bimbit biasa sahaja, penyanyi Usop meluahkan rasa terharu apabila menerima hadiah telefon pintar jenama iPhone daripada para peminatnya.
Menurut Usop, dia seakan tidak percaya dan tidak pernah terlintas difikirannya untuk memiliki telefon pintar secanggih itu kerana baginya telefon biasa sudah memadai buat dirinya.
BACA: Usop Nak Kahwin Dengan Anak Mami, Belum Berani Dedah Kekasih
“Tak pernah termimpi pin akan pakai iphone sebab saya ni orangnya simple. Janji dapat call & WhatsApp cukup. Terharu sangat bila peminat bagi hadiah yang saya sendiri tak pernah terfikir akan beli,” katanya.
Berkongsikan rasa terharu menerusi sebuah video di Instagram, Usop mendedahkan dia pernah diperlekeh oleh rakan gara-gara menggunakan telefon bimbit biasa.
“Sebelum ni selalu je kawan-kawan ejek phone saya phone biasa. Ya la sebab saya tak kisah pun pasal phone. So bila dapat hadiah ni memang rasa macam tak percaya,” katanya.
Diruangan komen rata-rata peminat dan netizen terhibur dengan telatah Usop yang teruja dengan hadiah telefon pintar berkenaan serta mendoakan penyanyi itu akan terus mencipta kejayaan di masa akan datang.
Apa masalah klu pakai phone biasa sebenarnya?
Tak ada masala pun pkai hp lama2 tu. Tpi jika org muda lgi bgus ada iphone. Tak kn tak tahu fungsi iphone..byk kgunaan..
Webwasap..waze..ambil gmbar…bla2..bla2.
..
iphone harga yahudi tapi specs biasa je. harga dia boleh dapat android specs tinggi. cuma tu lah, zaman sekarang ni orang suka riak menunjuk. logo apple je pun, jatuh retak seribu.
Beli hp dkt 6 ribu dgn beli hp bwh seribu sama jek hp jugak. Bg tech nerd2 yg taksub dgn the detail of so high tech tu sbnrnya korg dah kna pukau dgn psycho marketing jek. Korg ni guna tech utk survival hidup atau jd hamba tech utk survival kekayaan diorg? The so called elite lifestyle ni bila pkpd ni kalau xde makan xde job hp bangsawan ko tu bkn boleh wt ko kenyang pun! Kalau xde duit nk bayar data Internet guna hp mahal ke murah ke xde makna pun Live ko!!!
Bgi aku lah kan..hp hrga 1000.00 pling tinggi cukuplah. Buat hape nk beli mhl2.
Belilah hrga yg 500 ke 1000.00 dah la..lainlah klau btul2 kaya yg sumber pndapatan bulanan tak pernah surut dan duit tu ada je dlm akaun..berbelanja minggu ni 3000.00..minggu depan masuk 5000.00..ini org2 kya2 kan…ini amount pun bkn utk byr bill2 atau rmh ke kereta ke..just masuk shj..standbye..standbye…kan..kan..kan..
Kawan2 dia kaya2 semua ke?
Selalu yg gelak2kan ni, pendapatan pun xseberapa. Sanggup bergolok gadai berhutang utk beli, pastu bragggg.
Kwn2 yg kaya2 xde pun perli2 pakai hp biasa. Abes teruk nganjing sbb gambar tak cantik je guna fon lower spec
Masalahnya sebelum ni dia pakai vivo S1 pro, yg mmg dah canggih manggih… Ada fingerprint dalam skrin, and mcm2 lagi… Tiba2 kata ada org ejek dia pakai phone biasa pastu ada fan @ supporters dia yg hadiahkan iPhone…. Ni mesti sejenis attention seeker.. Iphone beli sendiri pastu acah2 org bagi sebab nk samakan standard dgn org kain… ?
Berbual jer lah si jonggang ni….takde sape lah nak bg hadiah mcm tu…ingat peminat ko bodo sgt ke…kalau muka mcm BTS ke Super Junior ke…boleh la caya ade fans banggang yg sanggup bagi hadiah mcm tu..ini setakat kau…aku tak caya..membongak pon agak2 la tgk cermin dulu
Bkn bgus nooo.. IPhone!!tk tau celah mana yg besttt!!
Phone biasa tu camne???? Phone yg luar biasa camne??? Phone biasa tp dicipta oleh org yg luar biasa bijak, berani dan skrg luar biasa kaya. Pengguna iphone?? Hmmm…byk yg biasa2 je..bos aku yg multi jutawan RM(bkn rupiah ye) pun pki oppo .