fbpx

Usop Nak Kahwin Dengan Anak Mami, Belum Berani Dedah Kekasih

Mengakui dirinya sudah berpunya, penyanyi Usop berkata dia sebenarnya berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sebelum menyertai program realiti Big Stage 2020 namun masih belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor berkata dia tidak mahu merahsiakan perkara yang baik dan mahu mempercepatkan perkahwinan.

BACA: Usop Mohon Maaf Tak Sengaja Body Shaming Sherry Alhadad

“Niat saya lama dah sebelum sertai Big Stage.. sebenarnya saya nak kahwin. Buat apa saya nak rahsiakan benda baik macam ini.

“Memang sudah ada perancangan dan kalau lagi cepat, lagi bagus. Benda yang baik buat apa saya lambat-lambatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Usop berkata dia belum bersedia untuk mendedahkan identiti wanita yang bakal menjadi isterinya kerana mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan. Namun, Usop memberitahu kekasihnya berasal dari Pulau Pinang.

“Buat masa sekarang saya perlu rahsiakan identiti kekasih saya. Sebab belum ada ikatan apa-apa lagi, jadi tak boleh la beritahu siapa orang itu.

“Dia bukan dalam kalangan selebriti tapi hanya orang biasa saja. Dia lebih tinggi daripada saya dan berkulit cerah. Orangnya berasal dari Pulau Pinang, anak mami. Saya mengenali dia selepas keluar daripada rancangan realiti Mentor,” katanya.