fbpx

Usop Mohon Maaf Tak Sengaja Body Shaming Sherry Alhadad

Dalam keterujaan menyaksikan akhir Big Stage 2020 tadi, berlaku perkara tidak diingini apabila gurauan penyanyi Usop yang menyentuh bentuk badan pengacara Sherry Alhadad sekaligus mengundang kemarahan netizen di media sosial.

Penyanyi itu dikecam apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga ada yang menganggap ianya ‘body shaming’. Bagaimanapun, Usop membuat permohonaan maaf secara langsung kepada Sherry dan seluruh rakyat Malaysia.

BACA: Azzam Sham Juara Big Stage 2020, Bawa Pulang RM100,000

“Sebenarnya saya nak cakap, tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum orang berkata-kata tentang saya dan akak, saya nak minta maaf kepada akak. Saya nak minta maaf kepada semua orang yang terasa juga,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry memberitahu dia tidak terasa hati dengan keterlanjuran kata Usop dan menganggap ia hanyalah sekadar gurauan.

“Kami faham Usop bergurau. Akak pun faham gurauan Usop itu,” katanya.

Menerusi Twitter, rata-rata netizen memuji sikap Usop yang berani mengaku salah serta memohon maaf secara terbuka. Kata netizen lagi, meskipun Usop juga sering menjadi mangsa body shaming namun dia tidak mudah melatah.

Semalam, penyanyi Azzam Sham dinobatkan sebagai juara Big Stage 2020. Azam membawakan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu serta Granede sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Naib juara, Usop membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi Big Stage. Usop membawakan Arjuna Mencari Cinta dan Airmata manakala lagu kedua Peluang Kedua (Nabila Razali).