fbpx

Usia Nak Masuk 3 Bulan, Neelofa Kongsi Bilal Nak Pandai Meniarap

Hampir tiga bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Meskipun tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, namun Neelofa tidak lokek berkongsikan perkembangan terbaru Bilal buat pada peminat.

BACA: Bilal Jadi Alarm Clock, Neelofa Senang Bangun Sahur & Beribadah Waktu Malam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??? ?????? (@lofa.page)

Baru-baru ini, Neelofa berkongsikan video memaparkan anak sulungnya itu kini sudah mula belajar untuk meniarap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??? ?????? (@lofa.page)

Dalam perkongsian lain, Neelofa turut memuat naik video Bulal yang ‘semangat’ buat tatapan umum. Neelofa turut berseloroh, orang puasa boleh lapar melihat tangan dan peha Bilal.

Terdahulu, Neelofa mengakui menerima banyak permintaan daripada peminat yang berharap agar pintu hatinya terbuka untuk berkongsikan wajah anaknya itu kepada umum.

Bagaimanapun, Neelofa berkata dia cuba untuk elakkan keluarganya daripada anasir tidak baik terutama sekali anaknya yang masih kecil.