Bilal Jadi Alarm Clock, Neelofa Senang Bangun Sahur & Beribadah Waktu Malam
Bulan Ramadan kali sudah tentunya berbeza buat selebriti popular, Neelofa apatah lagi bergelar seorang ibu kepada cahaya mata sulung, Muhammad Bilal.
Memetik mStar Online, Neelofa berkata anak kecilnya itu umpama jam penggera dalam masa memudahkan urusannya untuk beribadah di waktu malam sepanjang bulan mulia ini.
BACA: Neelofa Miliki Al-Quran Beridentiti Sendiri, Sasar Lebih 30,000 Jualan Untuk Wakaf
“Menjaga anak kecil ini bagaikan alarm clock buat ibu apabila dia terjaga malam untuk menyusu atau sebagainya. Jadi lebih mudah untuk saya bangun sahur atau lebihkan masa beribadah di tengah malam.
“Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, saya manfaatkan waktu ini sebaik mungkin untuk tingkatkan amalan,” katanya.
Berkongsikan mengenai kerjayanya selepas bergelar ibu, Neelofa berkata dia akan memilih tawaran yang sesuai dengan waktu dan statusnya kini sebagai seorang ibu.
“Saya akan terima tawaran kerja yang mana dirasakan sesuai sebab sekarang ada tanggungjawab terhadap keluarga.
“Siapa yang perlu perntukan masa sebaik mungkin untuk kerja dan tugas di rumah. Sebagai ibu saya kena tahu bila waktu sesuai untuk keluar bekerja supaya tak abaikan tanggungjawab terhadap anak dan keluarga,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
xperlu riak pah.. udah2 lah propa x hbs!!! jgn jual dan jd penunggang agama!
respect lofa.. lantak la ckp org.. hdup msing2..
wah sebab bakal bini bilal si timah, terpaksa kim k dan patah bangunkan untuk sahur.
bilal azan kan lopak dan pensyarah kanan haris bangun pukul 3 pagi untuk beribadat