Usia Kandungan 3 Minggu, Tom Alami Keguguran
Hasrat pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila Tom mengalami keguguran pada Selasa lalu.
Memetik Harian Metro, usaia kandungan sudah mencecah tiga minggu, Tom berkata dia sudah merakam video untuk dikongsikan kepada peminat di media sosial.
BACA: “Tom Adalah Tulang Rusuk Saya Yang Selama Ini Hilang” – Fuad Rahman
“Masa dapat tahu sedang hamil, saya dan suami ada buat video nak kongsikan kepada peminat tapi tiba-tiba saya mengalami pendarahan.
“Apabila saya buat pemeriksaan, doktor kata saya mengalami keguguran. Kandungan pun baru masuk tiga minggu. Ia masih baru lagi dan senang nak ‘jatuh’ dan saya pula seorang yang aktif,” katanya.
Dalam pada itu, Tom berkata dia reda dengan ketentuan Allah dan mungkin tiada rezeki buat mereka.
“Tidak mengapa, tiada rezeki. Insya-Allah selepas ini kami rancang betul-betul dan jika ada rezeki kami terima,” katanya.
Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.
- SUMBER
- harian Metro
Fuad ni sikit hari nampak video doa semua …ni umur dah tua2, tak pyh la pakai mcm ni.pakai anting2 tunjuk tattoo semua….makcik, mengandung ke gugur diam2 je la…dah tua pun…sekadar nasihat…mcm tak kena lah umur dan penampilan
Aku lepas 4 bulan baru bagitau org … Baru baby kuat dlm kandungan .
Jaga penyakit ain .
Bila gugur tu maknanya ada chromosome yg rosak atau defect..so bukan pasal aktif or jatuh…wanita umur 35 ke atas especially sebab umur telur dah lama, kemungkinan pencatuman ada defect…tts why gugur…and 3 minggu cuma segumpal darah belum nampak sifat lagi….anggap ini ujian Allah untuk awak mula berubah…anggap in jentikan dari Allah..wallahua’lam
Betul tu Semoga Tabah, early miscarriage bukan sebab aktif. Percantuman tak berlaku sempurna, syukurlah dia gugur di peringkat awal. Apapun semoga dipermudahkan untuk pregnancy akan datang.
Innalilahwainnalilahirojuon,