Usia hampir mencecah 70 tahun, penyanyi rock lagenda, Datuk Amy Search meluahkan rasa syukur dikurniakan kesihatan yang baik.
Memetik Harian Metro, Amy berkata gambar dia ke hospital baru-baru ini adalah untuk menjalani pemeriksaaan kesihatan rutin bukan disebabkan masalah kesihatan.
BACA: “Macam Tak Tahu Nak Menyanyi” – Amy Search Dedah Pernah Disihir, Takut Nak Pergi Show
Menurut Amy, dia menjalani pemeriksaaan mbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan angiogram bagi menilai keadaan jantung untuk pastikan berada di tahap baik.
“Setiap tahun saya akan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk melihat keadaan jantung dan anggota badan lain. Kali ini saya menjalani CT scan dan angiogram bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik.
“Saya menghubungi doktor pakar yang saya kenal, Datuk Dr Izzani, dan menyatakan hasrat untuk menjalani pemeriksaan jantung. Jika ada masalah, saya mahu terus menjalani prosedur angiogram. Alhamdulillah, semuanya okey,” katanya.
Sementara itu, Amy berkongsikan dia tidak mengamalkan senaman khusus sebaliknya suka melakukan kerja rumah untuk kekal aktif.
“Kalau tidak bekerja, rutin saya dari pagi sampai petang memang buat kerja rumah saja. Saya suka buat kerja rumah sampai berpeluh. Kadang-kadang naik turun tangga, uruskan pokok dan macam-macam lagi.
“Ada saja kerja yang hendak dibuat sampai orang rumah pun bising kerana saya tidak habis-habis buat kerja. Bagi saya, itu pun satu cara untuk bergerak aktif,” katanya.
Sumber: Harian Metro