Lama kita tidak dengar cerita dari penyanyi ini yang satu ketika dahulu selalu menghiasi dada dada akhbar baik berkenaan kariernya atau kehidupan peribadi. Terakhir, peminat diberikan khabar gembira yang beliau sah hamil anak kedua hasil perkahwinan barunya.

Berkata kepada mStar Online hari ini, Nurul Wahab mengakui mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal kandungannya yang semakin membesar.


“Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yang rapat di sekeliling saya”

“Mereka menegur tentang perkara yang sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung dan apabila ditegur berkaitan perut yang kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika bayi terlalu besar. Kata-kata itu sangat menguris hati”

“Bukan sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yang lain. Kalau boleh janganlah cakap perkara begitu kepada orang yang sedang mengandung,” jelasnya.

Beliau juga mengakui tidak boleh tinggal sendirian di rumah kerana sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja dan memerlukan seorang rakan yang mendengar luahan perasaannya bagi menghilangkan tekanan.


“Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yang emosi,” tambahnya yang masih giat menyanyi dan hanya akan berehat Disember ini. (rtky/m)