Norlia Ghani Berlakon Demi Rezeki, Tanggung Anak Sakit
Nama ibu kepada pelakon Rusdi Ramli iaitu Norlia Ghani baru baru ini menjadi sebutan dan juga tohmahan sesetengah warga laman sosial yang merasakan bahawa pelakon veteran ini lebih baik bertaubat daripada berlakon tanpa mengetahui perkara sebenar mengapa wanita ini menggagahkan diri untuk mencari rezeki.
BACA: “Masih Tunggu Calon Jodoh Terbaik”
“Biarlah apa orang nak kata… sebab tak semua orang tahu artis veteran ni bukan hidup senang. Orang luar ingat semua artis tu kaya. Yalah… kita ni bila keluar rumah kena pakai cantik-cantik sebab kita artis tapi belum tentu kita ada duit”
“Saya masih lagi tinggal menyewa. Sebulan kena bayar sewa dalam RM1,000 lebih. Saya ada mohon rumah PPR (rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat) dah sekian lama tapi sampai sekarang tak dapat. Nak harapkan anak-anak, memang mereka ada bantu tapi mereka pun ada keluarga sendiri. Takkan kita nak minta duit anak-anak pula?,” kongsinya kepada mStar Online.
Tambah Norlia, dia kini tinggal bersama seorang anak lelakinya yang tidak mampu bekerja kerana sakit dan sementara itu Rusdi Ramli tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya membantu ibunya itu.
“Alhamdulillah… pada usia sekarang saya masih sihat, kuat. Saya bersyukur banyak-banyak dan soal rezeki juga saya serahklan kepada Tuhan. Pada usia sebegini jangan ingat saya tak fikir ‘di sana’ (kematian) tetapi rezeki, tetap perlu dicari,” luah pelakon ini.
Semoga Norlia terus tabah dan dilimpahkan rezeki. Mahu buat macam mana, platform sosial media sekarang ini membuatkan orang bebas berkata kata sampai kadang kadang lupa cermin diri sendiri. Bertabah sajalah dalam mengharungi hidup di zaman sebegini. (rtky/s)
- SUMBER
- mstar online
YG SUKA KUTUK MENGUTUK TU SATU AKU NAK CAKAP…
KORANG JAGA MAK KORANG DULU BAIK2 JANGAN NAK PERANGAI MUSIBAT MENGATA MAK ORANG!
Sejak dulu lg (mungkin zmn p.ramlee lg atau sblmnya!) kisah nasib plakon2 yg jadi warga emas ni berulang! Ini masalah individu bkn masalah semua plakon. Kalau masa muda mrk bijak rancang masa depan dan ekonomi mungkin mrk x terima nasib mcm ni. Ada ramai lg rakan2 artis yg lbh berusia dari Norlia Ghani ni ni hidup senang jugak walau dah xde dpt tawaran berlakon lg! Kenapa kita nk salahkan org2 lain khasnya plakon2 bru yg lbh bijak, terpelajar, punya perancangan masa depan yg baik dsbnya jika nasib mrk lbh baik dri plakon2 veteran! Kita spttnya cermin diri dimana silapnya diri kita? Xde pengurusan yg baik? Xde tabungan? X fikir masa depan?
X semua org dpt apa yg dia nk. Mmg nasib bleh berubah dgn usaha dan brdoa. Tp anggap ni ujian utk dia. X perlu nk menuduh mereka yg miskin smpai usia tua ni x ada ikhtiar. Kita x tahu journey life dia org.