"Saya Masih Menunggu Jodoh Yang Belum Tiba"
Selagi belum bergelar isteri, selagi itulah soalan mengenai jodoh harus dihadapi Mira Filzah. Jelasnya beliau juga seperti wanita lain, mengimpikan perkahwinan yang indah. Pun begitu bagi Mira, masa itu akan tiba jua dan dirinya tidak perlu terdesak untuk mencarinya.
BACA: “Maaf, Cinta Saya Bukan Untuk Zizan Razak”
“Saya tidak pernah tolak untuk berkasih-kasihan, saya juga tidak tolak untuk ke jinjang pelamin. Cuma jodoh saja belum tiba. Barangkali perjalanannya tersekat akibat kesesakan jalan raya. Saya teringin akhiri hubungan cinta dengan baik, tetapi masih menunggu”
“Tidak guna mendesak membuat keputusan demi kesenangan hati pihak lain. Saya percaya masa itu akan tiba jua, cuma bukan sekarang. Lagipun, tiada apa yang perlu dirahsiakan apabila bergelar anak seni. Lambat-laun peminat dapat hidu juga dengan siapa saya berkawan,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa yang sama, Mira menafikan dakwaan mengatakan dirinya sengaja menyorokkkan kisah cinta kerana risau namanya akan tenggelam. Malah katanya, pada masa ini beliau masih menantikan calon suami yang terbaik untuk dirinya dan enggan terlalu memikirkannya.
Terdahulu Mira pernah dikaitkan dengan pelakon, Zizan Razak selepas beberapa kali bergandingan di dalam drama dan filem. Bagaimanapun masing-masing tidak pernah berbicara lanjut mengenainya, malah mereka menerima gosip tersebut sebagai usikan peminat sahaja. (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
Respect for you Miss Mira! Agak tenggelam juga kebelakangan ni nama Mira dek kepanasan gossip sensasi artis2 lain. Yer laa spnjng tahun ni kisah jutawan kosmetik spt dato vida dan dato alif lbh mendominasi ruang gossip artis mengalahkan artis paling popular pulak mrk kan? Yer laa downline mrk berjuta, sekali viral kisah peribadi mrk trending jer. Mrk pun bnyk duit bole bayar wartawan2 suruh siar muka mrk hari2 dlm majalah, akhbar kalau mrk nak! Sian kt artis2 yg betul2 jual bakat hak mrk dinafikan dari publisti utk promo produk2 mrk dan perkembangan terbaru aktiviti seni masing2!
ckp jer nk cr hartawan kan senang
Betul itu..
Dia ni sesuai ngn zizang je…tapi nape tolak zizang….ko nk jd cam mek hajjah tu ke…org da suka ko reject.
Calon terbaik ko Muhammad Sajjat tapi sayang dia da buang kote….cari lain ya Mira.
X payah nk memilih sgt Mira…ada org suka buat2 ego pula..ermm aku rasa lah Mira ini kawin pun dlm usia 40an kot..x pun x kawin2 jadi ank dara tutttt…