fbpx

Mendedahkan hanya melaksanakan solat sunat Dhuha ketika usia sudah mencecah 30 tahun, pelakon Syatilla Melvin akui menyesal dan malu.

Syatilla berkata dia merasai perasaan sangat luar biasa selepas mengamalkan solat sunat itu setiap hari. Ujarnya, dia mula belajar cara menunaikan solat itu menerusi carian Google dan YouTube.

BACA: Buat Video Kulit Gelap Ke Cerah, Syatilla Melvin Dikecam Tak Sensitif

“Berpuluh tahun hidup tak pernah buat solat Dhuha. Ya Allah malu sebenarnya nak mengaku tapi Tilla percaya mungkin ada juga hamba Allah yang pernah ada dekat tempat Tilla hari ini.

“Dulu solat yang wajib pun rongak-rongak, apatah lagi yang sunat. Segan dan malu gila nak mengaku sebenarnya, takut orang fikir bukan-bukan, takut orang kutuk, takut orang anggap kita bukan-bukan,” katanya.

Berkongsikan perkara itu di media sosial, Syatilla akui pada mulanya bimbang jika menerima reaksi negatif daripada netizen, namun dia berharap pendedahannya itu dapat membuka hati orang lain turut melakukan perkara sama.

“Tapi bila fikir balik, why not aku share saja benda ni, mana tahu bila followers yang baca ni tiba-tiba terbuka hati nak buat juga ke kan?

“Jangan pernah terlambat untuk mula buat benda baik. Selagi ada rezeki bernafas, selagi itu kita ada peluang. Setuju sangat kan?” katanya.