fbpx

Uqasha Senrose Terkejut Terima Mesej Dari Suami Orang

Dengan wajah cantik bak bidadari siapa yang tidak tergoda melihat kecantikan Uqasha Senrose. Terbaru, Uqasha mendedahkan seorang lelaki, juga merupakan suami orang mengirim pesanan mesej untuk berkenalan.

BACA: Uqasha Senrose Tak Minat Lelaki Kedekut, Jenis Berlagak

Apa yang mengerikan, lelaki itu menceritakan Uqasha sering hadir dalam mimpinya dan beliau sering memikirkannya. Mengikut naluri hatinya, lelaki itu bertindak berterus terang untuk berkenalan tanpa niat ingin berkahwin lagi.

Selain itu, lelaki itu juga megakui sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Malah lelaki itu memberitahu ada sedikit rasa sayang kepada Uqasha namun tidak memaksa Uqasha andai beliau tidak berminat kepadanya.

Bagaimanapun Uqasha yang menerima kiriman mesej itu Selasa lalu terkejut dengan pengakuan jejaka itu juga takut kerana keberanian yang ditunjukkan. Namun Uqasha tidak mendedahkan identiti terbabit. (rtky/w)