fbpx

Uqasha Senrose Tak Minat Lelaki Kedekut, Jenis Berlagak

Sebelum ini pelakon jelita Uqasha Senrose memuat naik gambar mesranya bersama pelakon Ben Amir, sekaligus menjadi tanda tanya netizen mengenai hubungan sebenar mereka. Uqasha akhirnya menjelaskan mereka masih lagi dalam fasa perkenalan dan saling mengenali hati budi.

Baru-baru ini, Uqasha mendedahkan beberapa sikap dan perangai lelaki yang kurang disenangi olehnya. Uqasha memberitahu dia tidak sukakan lelaki yang kedekut, bangga diri, berlagak dan tiada sense of humor.

BACA: Negatif Dadah, Kes Uqasha Senrose Selesai

“Saya paling tak gemar orang lelaki yang kedekut, sebab saya bukan macam itu. Kadang-kadang kita sahaja uji, kalau kita keluarkan (belanja) dia keluarkan juga tak? Kalau tidak dan seolah-olah lepaskan tangan, saya terus turn off.

“Perangai lain ialah bangga diri, berlagak dan tidak menghormati orang lain. Disebabkan ada salah satu sikap ni, saya terus jadi tak berminat,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Uqasha turut kongsikan ciri-ciri lelaki idamannya mestilah seorang yang baik hati, kelakar, sedap mata memandang, tinggi dan berpakaian menarik.

“Sekarang ni susah nak jumpa lelaki kelakar sebab ramai cover-cover. Soal paras rupa, tak perlu terlalu kacak, sedap mata memandang pun dah cukup,” katanya.