Sekian lama berteka-teki, nampaknya tarikh perkahwinan pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli kembali menjadi bualan ramai sejak beberapa hari lalu.
Rata-rata netizen mendakwa tarikh 11 Disember iaitu Sebtu ini bakal menjadi hari bahagia pasangan pelakon itu.
BACA: Leher Nampak Jinjang, Uqasha Senrose Nafi Sunting Foto
View this post on Instagram
Malah, difahamkan malam ini juga pasangan itu bakal menjadi tetamu undangan program MeleTOP sekaligus membuatkan ramai peminat teruja untuk mendapat tahu lebih lanjut mengenai hari bahagia mereka.
Sementara itu, pereka fesyen popular Fizi Woo turut berkongsikan video memaparkan Uqasha melihat busana pengantinnya buat pertama kali.
View this post on Instagram
Bagaimanapun setakat ini masih tiada pengesahan rasmi mengenai perkara itu daripada Uqasha mahupun Kamal. Adakah akan diumumkan malam ini? Sama-sama kita nantikan.
Mengikut perancangan asal, Kamal dan Uqasha sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka.