fbpx

Leher Nampak Jinjang, Uqasha Senrose Nafi Sunting Foto

Sabtu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Uqasha Senrose memuat naik gambarnya di Instagram memakai gaun berwarna ungu ketika hadir di program Maharaja Lawak Mega 2021.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila ada yang mempersoalkan saiz lehernya sehingga ada yang mendakwa pelakon itu menyunting bahagian lehernya supaya kelihatan panjang.

BACA: Uqasha Senrose, Kamal Adli Nikah 21 Oktober?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Enggan membiarkan netizen terus berspekulasi, menerusi satu perkongsian di Instagram Uqasha menjelaskan tidak menyunting gambar berkenaan seperti didakwa serta memuat naik video sebagai bukti.

Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas menyunting gambar secara keterlaluan sehingga lilin pada kek hari jadinya turut sama membengkok.