Uqasha Senrose Disindir Netizen Masih Tiada Cahaya Mata

Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa kecewa apabila ada netizen menyindirnya kerana masih belum dikurniakan cahaya mata meskipun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi komen di Instagram miliknya, individu tersebut meluahkan rasa kasihan kerana Uqasha dan adik-beradiknya masih tiada anak lagi.

BACA: “Mungkin Juga Ini Kifarah Buat Kami” – Uqasha Senrose

Komen tersebut dibalas oleh Uqasha yang mengakui sedih dengan apa yang diperkatakan netizen itu serta mengatakan bahawa soal anak adalah rezeki daripada Allah.

Pada Mac lalu, Uqasha berkongsikan dirinya mengalami keguguran sebanyak dua kali. Menurutnya,k eguguran berlaku ketika dia mengalami tempoh haid yang panjang serta tidak mengetahui dirinya hamil.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli dalam sebuah majlis tertutup pada 5 November 2021.

×