fbpx

“Mungkin Juga Ini Kifarah Buat Kami” – Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose mengakui takut untuk ke Singapura selepas insiden menimpa suaminya, Kamal Adli pada Mac lalu.

Memetik Kosmo, Uqasha berkata dia masih trauma dengan apa yang berlaku dan kini dia keluar perlu sentiasa berteman.

BACA: Kamal Adli Semakin Stabil, Uqasha Masih Trauma

“Kenalah berteman sentiasa. Tak bolehlah seorang diri. Sekarang pergi kerja dan terus balik. Itu sahaja,” katanya.

Menurut Uqasha lagi, raya kali ini berbeza apabila dia mengambil pendekatan untuk ‘berkurung’ demi keselamatan suami serta keluarganya.

“Raya tak keluar kot. Saya akan ada dengan keluarga dan adik-adik. Kebetulan, tahun ini giliran beraya di belah keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata Kamal juga dilihat sedikit ‘berbeza’ berbanding sebelum ini namun dia memahami mungkin suaminya tertekan.

“Sebelum ini, Kamal sangat ‘sporting’, dia tahu saya punya tugas sebagai pelakon tapi sekarang sebab kena duduk rumah dan tertekan, benda kecil pun kadang-kadang jadi isu.

“Saya faham sangat apabila dia kena ‘berkurung’. Kes masih lagi dalam siasatan dan tindakan pihak mahkamah, masih tunggu kata putus,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha menerima apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah serta menganggap mungkin kifarah buat mereka.

“Mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Mungkin juga ini kifarah buat kami. Siapa tahu kan. Tapi, alhamdulillah tiada apa-apa yang serius sangat dan Kamal pun makin sihat.

“Buat masa sekarang, saya nak keluar dalam Malaysia pun takut. Pergi beli-belah pun takut tapi saya harap semuanya beransur-ansur kembali seperti biasa,” katanya.