fbpx

Uqasha Senrose Dikritik Guna Filter Sampai Anak Mata Terkeluar

Baru-baru ini, perkongsian foto pelakon cantik, Uqasha Senrose menerima kritikan ramai apabila terlalu banyak menggunakan filter sehingga memperlihatkan anak matanya tersembul keluar.

Rata-rata netizen menegur tindakan pelakon berusia 29 tahun itu supaya mengurangkan penggunaan teknik berkenaan memandangkan dia sememangnya sudah cantik semula jadi.

BACA: Michael Ang Bengang PU Rahmat Tegur Kamal Adli Lamar Uqasha

Bagaimanapun, Uqasha menjelaskan dia tidak menggunakan filter keterlaluan sebaliknya hanya menambahkan sedikit clarity (kejelasan) di bahagian mata agar tidak kusam.

“Saya langsung tak menggunakan filter, sebaliknya cuma tambah kejelasan di bahagian mata supaya ia tidak kelihatan kusam,” katanya.

Selepas ditegur netizen, Uqasha memuat naik semula foto yang sama tanpa menggunakan sebarang filter dan berterima kasih kepada netizen yang prihatin serta memberikan teguran. Dalam pada itu, Kamal Adli juga turut dilihat meninggalkan komen memuji kecantikan kekasihnya itu.