fbpx

Michael Ang Bengang PU Rahmat Tegur Kamal Adli Lamar Uqasha

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Kamal Adli melamar Uqasha Senrose secara langsung di Anugerah MeleTOP ERA 2020. Perkara itu mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang menegur aksi berkenaan.

Bagaimanapun, pengarah Michael Ang tampil membidas teguran pendakwah tersebut. Ujarnya, dia tidak memahami mengapa pendakwah berkenaan membantah tindakan Kamal kerana mereka bukannya melakukan maksiat.

BACA: “Harap Trend Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan” – PU Rahmat

“Tak tengok ke program live tu, Kamal cakap dia dah minta kebenaran daripada keluarga Uqasha. Bagi saya momen itu macam sweet la, sekurang-kurangnya dia ajak Uqasha bina masjid bukan buat maksiat,” katanya.

Dalam pada itu, Michael turut mempersoalkan segelintir pendakwah yang bersikap pilih bulu dalam meberikan teguran serta menyifatkan mereka hanya mahu menumpang populariti selebriti semata-mata.

“Saya tak fahamlah dengan PU-PU ini semua, bila bab artis sahaja mereka laju nak beri komen, sebab apa kalau komen artis cepat sikit mereka jadi popular. Kalau ada isu yang melibatkan rakan seangkatan, mereka tahu pula diam sahaja, kenapa ya?,” katanya.

Terdahulu, PU Rahmat menitipkan nasihat serta berharap agar jangan terlalu mengikut trend barat dan melamar secara terang-terangan dapat dihentikan.