fbpx

Uqasha, Pekin Ibrahim Mahu Tunang & Nikah Pada Hari Yang Sama

Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose mengaku filem Paku Pontianak menjadi permulaan kisah percintaan mereka. Dari malu-malu kucing di set, mereka akhirnya rapat sehingga bakal mendirikan rumah tangga dalam masa setahun saja lagi.

Jelas kedua pasangan ini ketika ditemui di majlis pra-tonton filem MIG, di Sunway Pyramid, filem yang menjalani penggambaran sekitar Februari lalu telah menerbitkan perasaan kasih sayang dalam diri mereka.

Mereka sebenarnya sudah saling mengenali namun masing-masing tidak berpeluang bertegur sapa.

“Saya dah lama kenal Uqasha. Tapi tak pernah bercakap. Kami sama-sama duduk Subang. Jadi memang selalu nampak dia. Lagi pun masa tu saya masih ada girlfriend,” Jelas Pekin.

Bagi yang terlambat mengikuti kisah percintaan Pekin dan Uqasha, majlis merisik pasangan ini telahpun berlangsung Julai lalu.

Ditanya kepada Pekin, pasangan ini lebih selesa jika mengadakan majlis bertunang pagi dan pada sebelah petang terus dijalankan majlis akad nikah.

Bagi Pekin majlis merisik sudah dikira bertunang. Kerana keluarga masing-masing sudah saling mengenali. Malah Pekin sering bercuti bersama keluarga Uqasha.

Bagi Uqasha, tempoh setahun yang telah dipersetujui sebelum berkahwin, akan digunakan untuk mengumpul duit bagi majlis kelak.

Tidak lama dulu terbit gosip Uqasha dan Pekin berperang dan sudah putus hubungan. Namun kenyataan itu dinafikan oleh Pekin dan mengumumkan bahawa hubungan mereka baik-baik sahaja malah Pekin mengumumkan berita gembira, sudah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Uqasha.

Bagi Uqasha, ketegasan dan sifat peramah Pekin membuatkan hatinya terpikat. Uqasha menambah, Pekin sangat memahami dirinya. Mungkin berada di bidang sama membolehkan keserasian mudah diperolehi oleh pasangan ini.

“Pekin ni jenis serius dan tegas. Kita kena pandai tackle dia. memang susah sebenarnya. Sha senang dengan sikap peramah and hormat orang tua yang ada pada Pekin.”

Pekin pula mengharapkan perhubungan yang terjalin hampir 8 bulan ini berjaya.

“Kalau ikutkan saya, esok saya boleh cakap nak kawin. Tapi banyak proses nak kawin. Bukan senang main petik je. Saya mengharapkan hubungan ni sukses.”

“Sebenarnya saya tak pernah fikir pasal kawin. Saya lelaki yang paling tak ambil kisah pasal perkahwinan. Tapi entah magik apa dalam kepala saya, bila saya terpandangkan Sha dekat office masa tu, saya terus ajak dia kawin. Saya tanya dia terus terang. Bila jumpa dia, saya tau, dialah calon untuk saya.”

“awak nak kawin dengan saya tak? Kalau awak nak, lepas habis shoot filem (Paku Pontianak) ni saya jumpa parents awak” ujar Pekin mengulang balik dialog semasa melamar Uqasha.