“Untung 100% Beri Puteri Balqis, Tak Ambil Kos Pengeluaran Buku”
Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan keadaan pelakon cilik Puteri Balqis yang berdepan kehidupan sukar dan terpaksa menjual buku puisi tulisannya bersama ibunya untuk menyara kehidupan seharian.
Selepas dikhabarkan menghidap penyakit kronik, pelakon itu terus menyepi daripada dunia hiburan tanah air. Muncul di dalam rancangan Bersamamu, ramai yang bersimpati dengan nasib pelakon cilik berbakat itu.
BACA: “Saya Sedih Lihat Keadaan Puteri Balqis”
Difahamkan, buku-buku puisinya itu dikeluarkan oleh rakan ibunya yang turut menanggung kos pengeluaran buku tersebut. Malah segala keuntungan buku tersebut diberikan sepenuhnya kepada Puteri Balqis untuk menampung kos rawatannya.
Dalam pada itu, rakan ibunya yang dikenali sebagai Hanna Lola itu memberitahu dia sudah melakukan yang terbaik untuk membantu dua beranak tersebut. Ujarnya lagi, sebelum ini Balqis dan ibunya pernah cuba minta bantuan dari beberapa pihak tertentu tetapi tidak dilayan.
Harini bangun tidur, buka wassup, mak aiii banyak betul new whatsapp. Terima kasih kerana sudi membantu Puteri Balqis…
Posted by Hanna Lola Azlan on Jumaat, 10 Januari 2020
Dalam pada itu, wanita itu turut bertetima kasih kepada mereka yang sudi membantu dengan membeli buku penulisan Balqis. Pada mereka yang berminat boleh dapatkannya dalam masa sama membantu pelakon berbakat ini.
Skang ni bnyk org suka ambil jln mudah utk buat duit. Mcm pihak yg gunakan anak2 pelarian Rohingya, anak2 tahfiz, oku dsbnya utk kutip derma dari org ramai. Mrk mmg org yg susah dan perlukan bantuan tp pd masa sama jugak ada cara yg lebih betul utk bantu golongan2 mcm ni. Bkn kita x simpati dgn kesukaran mrk tp sampai bila mrk nk mengemis dgn cara ni?! Someone need to take responsibility for their future!
Mak dia bole jek buat bisnes online sambil jaga anak dia yg sakit tu. Ada mcm2 cara skang nk buat income. Kementrian pendidikkan ptt dtg umah dia nasihatkan mak dia apa yg dia buat ni salah dan memperjudi masa dpn anak dia.
Child protection should come n see ..apakah budak 12 tahun kena support mak n pak
Harga buku balqish terlalu mahal kalau setakat dijual di tepi2 jalan . RM 70 kan?Pricing kena betul supaya senang jual. Kemudian, cari lah ruang atau cara lebih sesuai untuk jual buku tu.
Astaghfirullah al adzim… Korang ni netizen… Semoga Allah tidak membalikkan apa jua nasib yg menimpa aqish dan ibunya kepada anda sekalian.. Masya Allah
Assalamualaikum.. betul tue.. setiap manusia ciptaan Allah berbeza mengikut kehendakNya.. Begitu juga dengan rezeki yg Allah SWT hntar untuk umatnya.. cukup sekadar mengingatkan kepada diri kita untuk sentiasa merendah diri Dan bersujud kepadaNya..Janganlah kita mempersoalkan sesuatu perkara itu kalau kita sendiri pun x tahu Dan faham jalan cerita yg sebenar..