Bulan lalu kecoh di media sosial apabila tersebarnya gambar mesra Emma Maembong tidak bertudung disisi Syed Abdullah. Beberapa hari kemudian Emma mengejutkan peminatnya apabila mengesahkan dia tidak lagi bertudung.

Nampaknya, kontroversi yang melanda mungkin memberi kesan kepada hubungan mereka apabila Emma dilihat memadam semua gambarnya bersama Syed di Instagram. Hasil carian juga mendapat Emma juga tidak lagi mengikuti Syed Abdullah di media sosial tersebut.


BACA: “Hati Emma Sangat Baik” – Heliza Helmi


Malah, Syed Abdullah juga tidak lagi mengikuti Emma di laman Instagram. Namun, gambar mereka bersama masih lagi boleh dilihat di akaun Instagram Syed.



Terdahulu, susulan Emma membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, akaun sosial Syed Abdullah pula diserang netizen yang mendakwa adik kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sebagai punca.

Ramai mendakwa sejak perkenalan Syed bersama Emma membuatkan pelakon itu lebih liar sehingga nekad membuat keputusan untuk membuka tudung. Bagaimanapun, Syed memberitahu dia menerima segala tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai cabaran.