fbpx

“Hati Emma Sangat Baik” – Heliza Helmi

Dihentam teruk susulan keputusannya untuk membuka tudung, Emma Maembong baru-baru ini bertemu empat mata dengan Heliza Helmi untuk meminta kata-kata nasihat.

Menerusi Insta Story, Heliza ada memuat naik fotonya bersama Emma berserta kapsyen mengatakan  pelakon beradarah kacukan itu sebenarnya mempunyai hati yang sangat baik. Heliza turut berharap agar netizen terus mendoakan serta menjaga tutur kata dan memberikan komen yang baik-baik.

BACA: Emma Maembong Jumpa Heliza Helmi Minta Nasihat

“Hati (Emma) sangat baik. Nak jadi baik. Kita pun nak jadi baik. Maka kita semua kena doa, sebut dan komen yang baik-baik. Mudah mudahan perkara yang baik juga kita akan dapat. Semoga kita tidak menjadi sebab untuk orang lain menjauhi Allah.

“Kadang-kadang tanpa kita fikir, lisan (percakapan) yang keluar dari mulut kita akan menyebabkan seorang hamba yang sedang berjuang untuk terus istiqamah ke jalan Allah, sampai di pertengahan jalan tewas dan menyerah jatuh ke lembah jahiliah. Benda ini yang paling saya takuti dan semoga kita dijauhi.

“Pandulah kami di atas setiap perkara dilakukan, termasuk perbuatan, kata-kata, penulisan dan akhlak.

“Ya Allah, mereka yang sedang memberi komen ini menyayangi antara satu sama lain, maka jadikan kita semua penyebab orang lain makin dekat dengan-Mu, bukan makin menjauh,” kongsinya.

Terdahulu, Emma mengejutkan peminat apabila membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung pada 6 Februari lalu selepas lima tahun berhijab.