fbpx

Ini merupakan satu senjata akhir kami meminta pertimbangan baik anda semua untuk menyokong laman hiburan kegemaran ramai ini di Malaysia Social Media Week.

Rotikaya.com tercalon dalam dua kategori yang paling relevan iaitu Best Entertainment Blog dan Best Gossip Blog. Eheh.

Anda boleh mengundi kami untuk dua dua kategori — itu lebih kami suka — tetapi tamak itu bukan sikap semulajadi kami. Cewahh.

Maka, kami sarankan anda semua untuk mengundi rakan strategik kami OHBULAN! untuk menerajui kategori Best Entertainment Blog.

Dan, undi kami secara bermatian untuk merangkul gelaran paling kami idamkan, Best Gossip Blog.

Gelaran KING OF GOSSIP yang kami canangkan hanya rekaan kami sendiri dan bukan gelaran rasmi dari pihak penganjur Malaysia Social Media Week 2012 yang berlangsung pada 16 Februari ini di Putra World Trade Centre, KL. 

Kami juga ingin meminta bantuan anda semua untuk menobatkan seorang lagi rakan strategik kami, Hazrey.com untuk merangkul gelaran Most Vocal Blog — ikhlas kami katakan, blog tulisan beliau memang layak berada di’atas sana.

Jadi, mulakan enjin anda semua dan tolong promosikan calon calon yang kami sebutkan termasuk kami sendiri untuk membolehkan kami naik ke’pentas buat pertama kali’nya menerima anugerah. Heh.