fbpx

Umum ‘Berpeluh-Peluh’ Buat Anak Kedua, Nabil Mahir Minta Maaf

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila suami kepada Ayda Jebat, Nabil Mahir yang mengeluarkan kenyataan telah bekerjasama sampai ‘berpeluh-peluh’ menghasilkan zuriat kedua mereka sehingga dikecam.

Memetik Astro Gempak, Nabil Mahir memohon maaf buat mereka yang kurang senang dengan kenyataannya itu serta mengatakan dia tidak tahu mengenai komen netizen yang mengecamnya.

BACA: Hamil Anak Kedua, Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Minum Milo 

“Saya pun terkejut sebab sebab selepas pengumuman itu, saya tak ada pula lihat komen-komen di media sosial. Jadi, tak tahu ada yang kurang senang.

“Sejujurnya saya cuba berkongsi berita gembira itu sahaja dengan cara saya tersendiri. Tapi saya minta maaf jika ia menyinggung sesetengah pihak,” katanya.

Menurut Nabil lagi, dia tidak sangka boleh tersasul ketika membuat pengumuman berkenaan dimana pada asalnya mahu mengatakan bersungguh-sungguh.

“Sebenarnya saya salah cakap, tak tahu kenapa saya boleh tersasul daripada nak cakap bersungguh-sungguh, tapi boleh jadi berpeluh-peluh.

“Selepas cakap itu, baru saya beritahu Ayda “eh, apa saya cakap tadi?” dan ia berlalu begitu sahaja,”katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata dia jenis yang tidak membaca komen netizen kerana bimbang akan memberi kesan kepada emosinya serta keluarga juga akan turut terjejas.

“Saya memang tak baca komen atau apa jua berita di tabloid sebab saya juga perlu jaga emosi dan pastikan saya gembira.

“Kalau saya tak gembira atau emosi terganggu, ia akan beri kesan juga pada keluarga saya. Jadi, saya tak mahu ambil tahu,” katanya.