fbpx

Hamil Anak Kedua, Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Minum Milo 

Usia kandungan kedua sudah mencecah lima bulan, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkata banyak perbezaan ketara dialami ketika kehamilan kedua ini berbanding sebelum ini.

Memetik Media Hiburan, Ayda berkata dia terkejut kerana badannya masih mampu bekerja jika dibandingkan sebelum ini dia tidak mahu bekerja sehingga tidak boleh bangun.

BACA: Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua

“Saya terima tawaran berlakon ini sebaik saa saya tahu yang saya hamil. Saya rasa badan saya boleh terima untuk melakukan kerja ini.

“Masa hamil anak pertama, saya memang tak boleh bangun, balas mesej dan tak mahu bekerja langsung. Kali ini saya sangat aktif.

“Namun ada juga hari yang terpaksa kita hentikan penggambaran sebab sakit belakang atau banyak berjalan. Hal ini memang tak boleh nak dielakkan. Saya terpaksa mohon maaf kepada team produksi,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia tidak mengalami alahan pelik untuk kehamilan kali ini namun agak sedih tidak dapat minum minuman kesukaannya iaitu Milo kerana pasti akan muntah.

“Saya tiada mengidam pelik-pelik. Namun, ada benda yang saya sangat suka tapi saya tak boleh nak amalkan ketika ini dan ia membuatkan saya sedih hampir setiap hari iaitu minum Milo.

“Saya sendiri tak tahu kenapa? Bila saya minum, saya akan muntah. Saya saya ni boleh dikatakan sudah sebati dengan Milo. Hari-hari  kena minum Milo.

“Saya cuba minum sejak dari awal kehamilan, memang tak boleh. Hari berikutnya pun sama. Saya cuba lagi selepas trimester pertama harapkan hal tersebut berubah tapi sama juga,” katanya.