fbpx

Bukan kami ingin bertukar fokus menjadi sebuah blog politik tetapi ini melibatkan selebriti mulut laju bernama Azwan Ali.

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di’dunia politik tempatan dengan kenyataan Azwan Ali yang berkata bahawa abang beliau, Azmin Ali bakal memegang jawatan besar.

Azwan Ali memberikan kenyataan tersebut melalui Twitter yang berkata Azmin Ali bakal menjadi Menteri Besar Selangor.

Kenyataan Azwan Ali ini cetuskan tanda tanya di’kalangan mereka yang mengikuti perkembangan politik – tidak kurang juga yang skeptikal dengan kenyataan melulu Azwan Ali ini.

Peminat dunia hiburan sudah sedia maklum dengan perangai Azwan Ali yang suka menulis perkara yang bukan bukan di Twitter dan ini sebenarnya tidak mengejutkan — tetapi agak merepek.