fbpx

Ummi Nazeera Selamat Lahirkan Ayra Aneesah

Tahniah buat pelakon wanita, Ummi Nazeera dan juga suami kerana telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, Ayra Aneesah yang selamat dilahirkan pada 22 Ogos lalu. Melalui laporan Harian Metro, Ummi melahirkan Ayra secara pembedahan ketika kandungan berusia 34 minggu.

BACA: Kisah Ummi Nazeera Temukan Izara Aishah & Adib

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anak dan saya dalam keadaan sihat dan sempurna. Saya bersalin awal sebulan daripada tarikh yang dijangka doktor,” kongsinya.

Perkongsian daripada Ummi dan suaminya di laman Instagram mendapat ratusan ucapan tahniah selain ada yang mendoakan agar Ummi selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dengan baik.

Ummi dan suami, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 31, berkahwin pada 23 Julai tahun lalu. (rtky/s)